Selamat Datang ke Laman Web SKPP

SKPP, Seronok Kalau Pakat Prihatin..

Ahad, 30 Disember 2012

Selamat Kembali Ke Sekolah Tahun 2013

Salam 1Malaysia.Selamat Tahun Baru 2013.Selamat kembali ke sekolah kepada semua anak-anak didik.Selamat bertugas kepada semua warga SKPP.Guru lama ,guru baru , guru tua, guru muda ,staff lama , staff baru , siapa pun kita, sebenarnya kita semua adalah satu pasukan(Teamwork).Semoga tahun baru ,azam baru akan menjadikan SKPP lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.

Sebagai renungan hayatilah sedikit  kisah yang dipetik daripada blog unitrendahjpnt.Kisahnya mengenai dua buah tempayan. Tempayan pertama cantik molek tetapi tempayan kedua telah retak. Tempayan-tempayan ini digunakan untuk mengisi air oleh tuannya dari sungai ke rumahnya. Tiap hari tuannya akan mengandar kedua tempayan ini dari sungai ke rumahnya.

Namun setiap kali apabila tempayan-tempayan ini dikandar maka tempayan yang cantik akan sentiasa mengejek tempayan lama kerana sudah buruk, retak dan bocor. Apabila sampai di rumah hanya satu pertiga sahaja air dalam tempayan yang retak itu. Sementara tempayan yang cantik dengan sombong dan bangganya mengatakan dialah yang paling baik dan berguna.

Suatu hari tempayan yang retak dan buruk meluahkan perasaan kecewa dan sedih kepada tuannya agar dia diganti dengan yang baru. Tuannya tersenyum dan menjelaskan dia sengaja tidak mahu menukarnya dengan yang baru kerana ianya sangat memberi manafaat dan berguna. Tuannya memberitahu bahawa beberapa bulan yang lalu beliau menabur biji benih bunga di sepanjang laluan dari sungai ke rumahnya. Biji benih bunga itu tumbuh bercambah dan hari ini merimbun subur dengan bunga-bunga yang cantik kerana beroleh air yang cukup dari tempayan yang retak itu. "Tanpa air dari kamu, tiada bunga yang secantik ini", kata tuan tempayan kepada tempayan yang retak itu. Tempayan retak sangat terharu...

Rabu, 26 Disember 2012

Banjir Di SK Padang Pulut

Sehingga pagi ini air telah memenuhi Dewan Sk padang Pulut.Antara bilik yang terjejas  ialah Bilik KKBP, Kedai Sekolah , Stor PJK ,Bilik KH,Rumah Pam(Bomba) dan Makmal Komputer lama.



 Pandangan hadapan SK Padang Pulut yang digenangi air sekitar jam 8.00 pagi tadi.





 Kelas PKBP

Kantin
 Makmal Komputer

 Kolam ikan bertukar menjadi tasik
 Usaha menyelamatkan barangan terakhir dari bilik stor


Isnin, 17 Disember 2012

JADUAL PEMBAYARAN GAJI 2013


SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN 1 SEKOLAH BERASRAMA PENUH

KEPADA SEMUA PELAJAR DAN IBU BAPA/PENJAGA... ANDA BOLEH MENYEMAK KEPUTUSAN TAWARAN ANAK ANDA DI




Sila Masukkan Angka Giliran UPSR 2012 dan Klik Butang Semakan 
Pastikan maklumat ANGKA GILIRAN calon sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran 

UPSR calon.
Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi 03-83217400 untuk keterangan lanjut.



Tindakan :
Sila semak dengan teliti maklumat yang dipaparkan. 

Sekiranya anda berjaya dan bersetuju dengan tawaran ini, surat dan lampiran tawaran MESTI DICETAK SEGERA dan dibawa semasa hari pendaftaran. 

Selasa, 20 November 2012

SIJIL TAMAT SEKOLAH

Kepada semua pelajar-pelajar tahun 6, anda boleh mendapatkan SIJIL TAMAT SEKOLAH mulai minggu hadapan 25hb November 2012 waktu pejabat di pejabat sekolah. Pastikan maklumat yang terdapat pada sijil tepat dan jika terdapat kesilapan maklumkan 
segera kepada pihak sekolah untuk membuat pembetulan.

Sila maklumkan juga kepada kawan-kawan yang masih belum mengetahui.

Sekian, terima kasih.


Yang menurut perintah,
AJK Pengurusan Sijil Tamat Sekolah


Khamis, 8 November 2012

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KE-23 & GRADUASI PRA SEKOLAH SK PDG PULUT 2012

TARIKH : 5 NOVEMBER 2012
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN SERI PULUT

Majlis telah berlangsung dengan meriahnya pada pagi tersebut dengan diiringi ucapan aluan oleh YDP PIBG SK Padang pulut, Guru Besar, Pegawai PPD serta ucapan perasmian oleh Tetamu Khas yang mewakili YB Datuk Haji Matulidi.
Buku Program Hari Kecemerlangan 2012
 Majlis juga telah dihiburkan dengan persembahan daripada prasekolah dengan tarian "chicken dance" serta tarian 1 Malaysia dari KKBP.
Prasekolah dengan tarian "Chicken Dance"

KKBP dengan tarian 1 Malaysia

Penerima-penerima hadiah khas bagi tahun 2012 

Murid harapan tahun 5 Sekolah
NOR MINSYA BINTI MAT HADI

Anugerah Cemerlang Ko-Kurikulum
MUHAMMAD QUWAIDIR HAKIMIE BIN AZMAN

Anugerah Cemerlang Akademik
SHARINI BINTI MAHADI

UPSR 2012



Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2012 akan diadakan pada hari Isnin, 19 November 2012 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pada tahun ini seramai 517,139 orang calon telah menduduki UPSR di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon boleh
mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pelajaran Malaysia
6 November 2012

Khamis, 25 Oktober 2012

PENGUMUMAN PENTING!!!

TARIKH AKHIR KEMASUKAN PRESTASI MURID PADA 20 NOVEMBER 2012

Dimaklumkan bahawa semua prestasi murid Tahun 1 dan Tahun 2 2012 perlu dimasukkan ke dalam SPPBS selewat-lewatnya pada 20 Nov 2012. Selepas tarikh ini, segala kemasukan prestasi tidak boleh dilaksanakan lagi, bagi memberi laluan kepada APDM melaksanakan proses 'Naik Kelas'.


Diingatkan bahawa data-data dari Pentaksiran Sekolah ini akan dicantumkan dengan data Pentaksiran Pusat dan PAJSK untuk menghasilkan pencapaian akhir di Tahun 6.

Oleh itu kemasukan prestasi murid dalam SPPBS sangat penting dan perlu dilaksanakan.


MEJA BANTUAN SPPBS
Telefon:03-8884 3158
Isnin-Jumaat (kecuali cuti umum)
8.30 pagi hingga 5.00 petang
Faksimili:03-8884 3156
Emel:helpdesk.sppbs@moe.gov.my

Rabu, 24 Oktober 2012

KEM READ 1 MALAYSIA 2012

KEM READ 1 MALAYSIA
TARIKH : 24 OKTOBER 2012
HARI : RABU
TEMPAT : DEWAN SRI PULUT, SK PADANG PULUT


Model Kami untuk Kem Membaca

Sepintas Lalux :  Kem Membaca 1Malaysia dan Kempen READ: One Nation Reading Together

Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ: One Nation Reading Together merupakan program membaca serentak terbesar di Malaysia yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.  Kedua-dua program ini merupakan perkongsian pintar antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia.

Para pelajar sedang kusyuk mendengar taklimat.

Program yang mula diadakan pada tahun 2008 bertujuan membina amalan membaca dalam kalangan murid sekolah di Malaysia. Antara pencapaian tertinggi program ini ialah penerimaan Anugerah “The Most Number Of Children Reading Storybooks in Schools in a Day” di  dalam  entri Malaysian Book Of Record  (MBOR) 2010.

Sumbangan ini memberikan impak positif dalam pelaksanaan Dasar Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI) di samping meningkatkan koleksi bahan bacaan Pusat Sumber Sekolah. Bagi memastikan kejayaan kempen membaca ini, Scholastic Malaysia telah menyumbang 50 buah buku bahasa Inggeris terbitan Scholastic kepada setiap sekolah yang mengambil bahagian. 

Pengacara Majlis En.Ahmad Hasbullah
Selain itu, Scholastic Malaysia turut memberikan sokongan padu dalam menjayakan Program Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan iaitu pengiktirafan tertinggi KPM dalam usaha membina tabiat membaca dalam kalangan murid selaras dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan. Ini jelas menunjukkan Scholastic Malaysia sama-sama berusaha merealisasikan aspirasi misi KPM dalam ‘Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.’

Ucapan Perasmian PK Pentadbiran & Akademik Puan Norhamiah binti Abdul Hamid 

Scholastic juga mewujudkan Scholastic Book Clubs yang merupakan saluran terbaik untuk murid memperoleh dan memiliki bahan bacaan yang berkualiti dengan kos yang rendah. Seleksi bahan bacaan yang sesuai dengan peringkat umur dan mempunyai nilai sejagat dapat dibaca, dihayati dan diadaptasikan oleh murid dalam semua aspek kehidupan mereka. Di samping itu, bahan bacaan ini dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid dan keupayaan mereka berdaya saing di peringkat global.









Kem read sedang berjalan. Pelajar- 

pelajar sedang kusyuk membaca buku-buku yang dibekalkan oleh Jawatankuasa kem tersebut.

"Selamat Membaca Semua"




Pelajar-pelajar Tahap 2 SK Padang Pulut








Ahad, 21 Oktober 2012

Pengisian Markah Akhir Tahun SAPS

Perhatian kepada semua guru mata pelajaran.Pengisian markah peperiksaan akhir tahun  dalam SAPS sudah dibuka.Tarikh akhir memasukkan markah adalah pada 30 November 2012.Kepada semua murid,ibu bapa dan penjaga ,anda boleh menyemak markah peperiksaan akhir tahun 2012 melalui pautan di bawah.

Ahad, 7 Oktober 2012

Perhimpunan Mingguan Kali Ke 37

 
Pagi tadi berlangsung Perhimpunan Mingguan Kali Ke 37.Antara intipati ucapan En W.Razali B W.Muda ,selaku  Guru Besar ialah beliau menekankan tiga perkara penting yang perlu dihayati semua murid SKPP:

1   Antaranya setiap murid terikat dengan peraturan apabila berada di kawasan sekolah.Oleh itu adalah penting diingatkan bahawa semua murid perlu mematuhi peraturan  yang telah ditetapkan.Hukuman atau denda yang bersesuaian perlu dikenakan kepada semua murid bergantung kepada jenis kesalahan.Setiap denda atau hukuman yang dikenakan adalah bersifat mendidik bukan menghukum supaya dalam diri setiap murid sentiasa ada sikap  berdisiplin dan  semangat jati diri yang tinggi.
 
Selain itu ,semua murid perlu menjaga kebersihan sekolah.Murid yang bertanggungjawab dan berdisiplin adalah murid yang sentiasa menjaga kebersihan kelas dan persekitaran sekolah.


   Akhirnya semua murid juga perlu memiliki satu niat iaitu datang ke sekolah ialah untuk belajar.Kesungguhan dalam menuntut ilmu akan menjadikan SKPP terus cemerlang,gemilang dan terbilang dalam bidang kurikulum,kokurikulum dan sahsiah murid.

Jumaat, 5 Oktober 2012

Program Bijak Sifir EQ

Pada Isnin ,1 Oktober  2012 ,semua murid SKPP berpeluang mengikuti program bijak sifir menggunakan jari yang disampaikan oleh En Kamal , daripada EQ Consultant.Program ini berjaya memberi pendedahan kepada semua murid tentang kaedah mudah menggunakan jari untuk menguasai sifir.

 Fasiltator menerangkan kaedah mudah menguasai sifir menggunakan jari

 "Betul tu , kamu memang bijak".

En Kamal menjemput seorang murid untuk melakukan demonstrasi kaedah mudah menguasai  sifir 9 menggunakan jari tangan.

PERTANDINGAN PIDATO KEBERSIHAN 2012

Pada Ahad ,23 September 2012 yang lalu Sk Padang Pulut menjadi tuan rumah Pertandingan Pidato Kebersihan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Dungun.Johan Pertandingan Pidato Kebersihan Bahasa Melayu disandang oleh peserta dari SK Balai Besar sementara Johan Pertandingan Pidato Kebersihan kategori Bahasa Inggeris dimenangi oleh peserta dari SK Ladang Gajah Mati. 

Peserta dari SK Seberang Dungun 
Peserta Pidato Kategori Bahasa Melayu

Peserta Pidato Kategori Bahasa Inggeris

En Wan Mohd Ridduan B Wan Ismail, Pegawai Linus PPD Dungun sudi menyampaikan sijil penghargaan kepada para peserta

Khamis, 4 Oktober 2012

Selamat Datang Guru Besar SK Padang Pulut

Seluruh warga SKPP mengucapkan selamat datang kepada En W.Razali Bin W.Muda ,Guru Besar Sk Padang Pulut

Semoga kedatangan tuan akan menjadikan SKPP lebih cemerlang ,gemilang dan terbilang dalam bidang kurikulum,kokurikulum dan sahsiah SKPP.

Isnin, 1 Oktober 2012

PERMOHONAN KE SBP SECARA ONLINE 2013

Permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tingkatan 1 tahun 2013  secara online telah dibuka bermula 15 September sehingga 31 Oktober 2012. Permohonan ini dibuka kepada semua calon UPSR 2012.
Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 15 September .


Sila klik pautan di bawah untuk mengisi borang permohonan kemasukan ke SBP 2013

Jasamu di Kenang

Selamat bersara wajib kepada Puan Hajjah Zariah Bt Ali,Guru Besar SK Padang Pulut yang menamatkan perkhidmatannya pada 4 September 2012.Jasa cikgu sentiasa dalam kenangan semua warga SKPP

Selasa, 4 September 2012

Rabu, 15 Februari 2012

KEPUTUSAN TOV TAHUN 6 2012

 Untuk makluman semua ibu bapa ,murid dan guru SKPP , anda boleh muat turun Markah Ujian Pengesanan (TOV) melalui pautan di bawah.





Related Posts with Thumbnails

Popular Posts