Program ini telah berlangsung pada hari Isnin 27 Julai 2009 jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari ,bertujuan menyuntik semangat murid Tahun 6 khususnya sebagai persediaan mereka menghadapi peperiksaan UPSR yang semakin hampir.Sambutan daripada ibu bapa murid Tahun 6 dan tahun 5 amat menggalakkan.Kebanyakan ibu bapa yang ditemui menyambut baik program sebegini kerana masing-masing dapat berkongsi ilmu dan pengalaman daripada penceramah jemputan tentang cara mendidik anak-anak yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah murid.Penceramah jemputan Dr Hj Wan Rozeb B Wan Salleh AD.Hom(M'sia), D.AC (M'sia) D.AC (Cyclon)MD Medical (Alternative) ,Open International selaku penceramah dan motivator memberikan beberapa tips yang berguna kepada murid yang akan menghadapi peperiksaan UPSR.Antara beberapa tips yang dapat dikongsi :
1. Mengulangkaji pelajaran sejak dari awal tahun
2. Tidur tepat pada waktunya (Jam 10.00 malam)
3. Jangan menderhaka kepada ibu dan bapa
4. Menghormati guru dan menyayangi rakan.
Panduan sebegini amat bermakna kepada semua murid tahun 6 khususnya yang akan menghadapi peperiksaan UPSR.
Selamat Datang ke Laman Web SKPP
Selasa, 28 Julai 2009
Ahad, 26 Julai 2009
Majlis perpisahan
Langgan:
Catatan (Atom)
Popular Posts
-
Refleksi RPH perlu ditulis selepas selesai setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.Sering kali berlaku kekeliruan mana satukah cara penuli...
-
Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Tahun 2013 from cik laili
-
Dua Minggu sebelum Peperiksaan UPSR berlangsung semua murid Tahun 6 SKPP merehatkan minda di Hutan Lipur Sekayu Hulu Terengganu
-
Karnival Bola Baling bawah 11 tahun MSSD Dungun telah berlangsung pada 15 hingga 17 September 2019. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pas...
-
Watikah Pelantikan Pengawas Sekitar majlis watikah pelantikan pengawas sesi 2020
-
Selamat datang dan selamat menjalankan tugas kepada Guru Besar yang bertukar ke SKPP, En Che Rozali bin Che Mat. Semoga dengan kehadiran be...
-
Selamat bertukar diucapkan kepada Cikgu Amirah yang bertukar ke Kuala Terengganu. Terima kasih atas jasa bakti cikgu selama berada di SKePP
-
JADUAL TOV DAN OTI 2010. SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH NEGERI TERENGGANU 1. Ujian Pengesanan ( TOV ) Tarikh Ujian : 26 - 28 Januari 2010...