Selamat Datang ke Laman Web SKPP

SKPP, Seronok Kalau Pakat Prihatin..

Khamis, 21 November 2013

MAJLIS RINGKAS BERSAMA TNB

KHAMIS, 21 NOVEMBER 2013 - Satu majlis ringkas bersama TNB telah di adakan di Dewan Sri Pulut SK Padang Pulut bagi memberi penghargaan dan cenderahati kepada pelajar-pelajar yang mendapat 5A (UPSR 2013). 
Ucapan ribuan terima kasih kepada pihak TNB yang telah mengambil kami (pelajar-pelajar SK Padang Pulut) sebagai ANAK ANGKAT mereka untuk 3 Tahun bermula 2013 sehingga 2015 nanti. Diharap kerjasama ini akan diteruskan lagi untuk masa-masa akan datang bagi meningkatkan pencapaian dan menggalakkan mereka untuk terus belajar dan mendapat keputusan yang membanggakan. 



Boleh klik link ini untuk view banyak lagi gambar sekitar majlis dan sesi temuramah oleh pihak TNB

Sabtu, 16 November 2013

UPSR 2013

PADA HARI KHAMIS 14 NOVEMBER 2013- SEMUA PELAJAR TAHUN 6 TELAH MENERIMA KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UPSR MASING-MASING.

TAHNIAH KEPADA ADIK-ADIK YANG MENDAPAT 5A BAGI TAHUN 2013....
YANG MENDAPAT 4A 1B JANGAN KECEWA..PERJALANAN ADIK-ADIK SEMUA MASIH JAUH... SEMOGA TERUS SUKSES WALAU DIMANA PUN ADIK-ADIK AKAN MENERUSKAN PELAJARAN NANTI....
TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA SK PADANG PULUT YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS MEMASTIKAN KECEMERLANGAN PELAJAR-PELAJAR.

TAHNIAH SEKALI LAGI KEPADA PELAJAR 5A 2013
ADIK AHMAD ISKANDAR

ADIK WAN AMIRUL HAZIQ


ADIK NOR MINSYA
KEJAYAAN ANDA KEBANGGAAN KAMI..... TAHNIAH ADIK-ADIK SEMUA



WARGA SK PADANG PULUT BESERTA SEBILANGAN PELAJAR YANG MENERIMA KEPUTUSAN UPSR 2013





PERJUANGAN BELUM BERAKHIR... SEMOGA KITA TERUS MAJU UNTUK TAHUN-TAHUN AKAN DATANG.... 


SALAM SAYANG
-ADMIN SKPP-

Ahad, 17 Februari 2013

Bahan MMI(Melindungi Masa Instruksional)

Perhatian kepada semua guru yang ingin mendapatkan ebook @ bahan MMI.(Melindungi Masa Instruksional) sila gunakan pautan di bawah.



Khamis, 10 Januari 2013

Penulisan Refleksi RPH

Refleksi RPH perlu ditulis selepas selesai setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.Sering kali berlaku kekeliruan mana satukah cara penulisan refleksi yang betul.Berikut adalah cadangan penulisan refleksi untuk panduan dan rujukan semua guru.

1.Menulis jumlah murid yang mencapai objektif P&P 
 dan yang tidak mencapai objektif BUKAN menulis 
 dalam bentuk peratus (%).

2.Menulis/mencadangkan aktiviti pengayaan 
   untuk murid yang mencapai objektif.

3.Menulis/mencadangkan aktiviti pemulihan 
   untuk murid yang tidak mencapai objektif.

Sumber : Forum Engkabang.

Semoga dapat membantu semua guru.Anda di alu-alukan untuk memberi cadangan lain yang sesuai dalam ruangan komen di bawah.

Isi Borang Tapisan Keselamatan Secara Online

Bagi penjawat awam lantikan baru dan masih dalam tempoh percubaan, anda perlu mengisi borang tapisan keselamatan serta melakukan beberapa perkara lain bagi pengesahan jawatan yang telah dilantik dalam tempoh 3 tahun (skim SSM, SBPA hanya 1 tahun). Borang tapisan keselamatan kini boleh di isi secara online melalui sistem yang dikenali sebagai E-Vetting.  Malahan semakan bagi status semasa, kemaskini dan pemprosesan data juga turut di sediakan melalui sistem yang sama.

[ link (pautan) dibawah dikemakini pada 24 mei 2012 ]

BORANG dan SEMAKAN

Melalui sistem e-vetting, kesemua perkara yang terdapat di dalam borang tapisan keselamatan yang sebelum ini perlu di isi secara manual telah di terjemahkan ke dalam bentuk satu sistem. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah dengan mendaftar, mengisi dan menghantar butir butir peribadi melalui sistem bagi pihak keselamatan membuat tapisan. Semakan status kemaskini bagi status tapisan keselamatan juga boleh dibuat melalui sistem E-Vetting setelah perkara yang perlu dilengkapkan di isi dengan baik dan lengkap. Paparan gambarajah di bawah adalah merujuk kepada perkara yang terdapat sistem E-Vetting yang perlu di isi.. Sekiranya anda perhatikan, ianya masih sama dengan borang yang perlu di isi secara manual seperti perkara yang melibatkan :



e-vetting-borang-tapisan-keselamatan
  • Profil pemohon – gambar seperti IC diperlukan
  • Pekerjaan terdahulu
  • Maklumat Suami, Isteri, Tunang
  • Maklumat Persatuan
  • Maklumat Pendidikan
  • Maklumat Ibu Bapa dan Penjaga
  • Maklumat Adik Beradi
  • Lawatan ke Luar Negara
  • Latihan Ketenteraan
  • Kesalahan yang pernah dilakukan dan perakuan
PENGGUNA BARU SISTEM
Bagi pengguna baru, anda hanya perlu mendaftar butir peribadi seperti pengguna ID (merujuk pada nombor kad pengenalan), katalaluan (password) dan email (bagi tujuan menghantar katalaluan sekiranya hilang?). Pendaftaran boleh dibuat dengan “click” pada pautan “Daftar Baru” melalui paparan login skrin seperti di bawah (lihat pada kotak bewarna merah).








Paparan muka hadapan sistem E-Vetting
Seterusnya dengan mengisi maklumat yang diperlukan bagi pendaftaran maklumat pengguna baru seperti gambarajah skrin di bawah …


Maklumat yang perlu di isi bagi pengguna baru

MANUAL vs ONLINE

Berikut adalah beberapa perkara yang memperincikan kebaikan penggunaan sistem E-Vetting berbanding pengisian maklumat melalui borang tapisan keselamatan secara manual
  • Semakan boleh dibuat secara online melalui sistem E-Vetting berbanding semakan secara telefon sekiranya mengisi secara manual
  • Tiada kerosakan borang yang mungkin boleh menyebabkan kelewatan memproses permohonan bagi tapisan keselamatan
  • Data atau maklumat yang di isi boleh diperbaiki atau dikemaskini mengikut kesesuaian sebelum penghantaran dibuat tanpa menjejaskan sebarang maklumat berbanding secara manual sekiranya terdapat pengubahsuaian yang perlu dilakukan boleh menyebabkan kerosakan borang
  • Data dan maklumat yang di isi dapat di hantar dengan cepat serta memudahkan pemprosesan tapisan keselamatan dari pihak yang bertanggungjawab mengurus dan memproses
  • Data dan maklumat yang di hantar adalah 100% dijamin sampai terus ke pihak Keselamatan tanpa keciciran borang yang boleh melambatkan dan menjamin tiada kebocoran maklumat di pihak ke-3
  • Tidak memerlukan kos tambahan bagi penghantaran serta mengurangkan kos pemprosesan dan pengurusan maklumat penjawat awam
SISTEM E-VETTING: TAPISAN KESELAMATAN ONLINE

Melalui keberkesanan dan kemampuan yang boleh dilakukan melalui sistem ini, sudah pasti pujian harus diberikan pada pihak yang menguruskannya kerana sistem e-vetting boleh menerima data dan maklumat penjawat awam dengan baik dan teratur yang memberikan banyak kelebihan berbanding borang yang perlu di isi secara manual. Anda boleh melayari sistem E-vetting melalui link di bawah (klik pada link tersebut):

http://evetting.cgso.gov.my [dikemaskini pd 24 mei 2012]


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts