Selamat Datang ke Laman Web SKPP

SKPP, Seronok Kalau Pakat Prihatin..

Khamis, 10 Januari 2013

Isi Borang Tapisan Keselamatan Secara Online

Bagi penjawat awam lantikan baru dan masih dalam tempoh percubaan, anda perlu mengisi borang tapisan keselamatan serta melakukan beberapa perkara lain bagi pengesahan jawatan yang telah dilantik dalam tempoh 3 tahun (skim SSM, SBPA hanya 1 tahun). Borang tapisan keselamatan kini boleh di isi secara online melalui sistem yang dikenali sebagai E-Vetting.  Malahan semakan bagi status semasa, kemaskini dan pemprosesan data juga turut di sediakan melalui sistem yang sama.

[ link (pautan) dibawah dikemakini pada 24 mei 2012 ]

BORANG dan SEMAKAN

Melalui sistem e-vetting, kesemua perkara yang terdapat di dalam borang tapisan keselamatan yang sebelum ini perlu di isi secara manual telah di terjemahkan ke dalam bentuk satu sistem. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah dengan mendaftar, mengisi dan menghantar butir butir peribadi melalui sistem bagi pihak keselamatan membuat tapisan. Semakan status kemaskini bagi status tapisan keselamatan juga boleh dibuat melalui sistem E-Vetting setelah perkara yang perlu dilengkapkan di isi dengan baik dan lengkap. Paparan gambarajah di bawah adalah merujuk kepada perkara yang terdapat sistem E-Vetting yang perlu di isi.. Sekiranya anda perhatikan, ianya masih sama dengan borang yang perlu di isi secara manual seperti perkara yang melibatkan :



e-vetting-borang-tapisan-keselamatan
  • Profil pemohon – gambar seperti IC diperlukan
  • Pekerjaan terdahulu
  • Maklumat Suami, Isteri, Tunang
  • Maklumat Persatuan
  • Maklumat Pendidikan
  • Maklumat Ibu Bapa dan Penjaga
  • Maklumat Adik Beradi
  • Lawatan ke Luar Negara
  • Latihan Ketenteraan
  • Kesalahan yang pernah dilakukan dan perakuan
PENGGUNA BARU SISTEM
Bagi pengguna baru, anda hanya perlu mendaftar butir peribadi seperti pengguna ID (merujuk pada nombor kad pengenalan), katalaluan (password) dan email (bagi tujuan menghantar katalaluan sekiranya hilang?). Pendaftaran boleh dibuat dengan “click” pada pautan “Daftar Baru” melalui paparan login skrin seperti di bawah (lihat pada kotak bewarna merah).








Paparan muka hadapan sistem E-Vetting
Seterusnya dengan mengisi maklumat yang diperlukan bagi pendaftaran maklumat pengguna baru seperti gambarajah skrin di bawah …


Maklumat yang perlu di isi bagi pengguna baru

MANUAL vs ONLINE

Berikut adalah beberapa perkara yang memperincikan kebaikan penggunaan sistem E-Vetting berbanding pengisian maklumat melalui borang tapisan keselamatan secara manual
  • Semakan boleh dibuat secara online melalui sistem E-Vetting berbanding semakan secara telefon sekiranya mengisi secara manual
  • Tiada kerosakan borang yang mungkin boleh menyebabkan kelewatan memproses permohonan bagi tapisan keselamatan
  • Data atau maklumat yang di isi boleh diperbaiki atau dikemaskini mengikut kesesuaian sebelum penghantaran dibuat tanpa menjejaskan sebarang maklumat berbanding secara manual sekiranya terdapat pengubahsuaian yang perlu dilakukan boleh menyebabkan kerosakan borang
  • Data dan maklumat yang di isi dapat di hantar dengan cepat serta memudahkan pemprosesan tapisan keselamatan dari pihak yang bertanggungjawab mengurus dan memproses
  • Data dan maklumat yang di hantar adalah 100% dijamin sampai terus ke pihak Keselamatan tanpa keciciran borang yang boleh melambatkan dan menjamin tiada kebocoran maklumat di pihak ke-3
  • Tidak memerlukan kos tambahan bagi penghantaran serta mengurangkan kos pemprosesan dan pengurusan maklumat penjawat awam
SISTEM E-VETTING: TAPISAN KESELAMATAN ONLINE

Melalui keberkesanan dan kemampuan yang boleh dilakukan melalui sistem ini, sudah pasti pujian harus diberikan pada pihak yang menguruskannya kerana sistem e-vetting boleh menerima data dan maklumat penjawat awam dengan baik dan teratur yang memberikan banyak kelebihan berbanding borang yang perlu di isi secara manual. Anda boleh melayari sistem E-vetting melalui link di bawah (klik pada link tersebut):

http://evetting.cgso.gov.my [dikemaskini pd 24 mei 2012]


Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts