Selamat Datang ke Laman Web SKPP

SKPP, Seronok Kalau Pakat Prihatin..

Jumaat, 5 Oktober 2012

Program Bijak Sifir EQ

Pada Isnin ,1 Oktober  2012 ,semua murid SKPP berpeluang mengikuti program bijak sifir menggunakan jari yang disampaikan oleh En Kamal , daripada EQ Consultant.Program ini berjaya memberi pendedahan kepada semua murid tentang kaedah mudah menggunakan jari untuk menguasai sifir.

 Fasiltator menerangkan kaedah mudah menguasai sifir menggunakan jari

 "Betul tu , kamu memang bijak".

En Kamal menjemput seorang murid untuk melakukan demonstrasi kaedah mudah menguasai  sifir 9 menggunakan jari tangan.

PERTANDINGAN PIDATO KEBERSIHAN 2012

Pada Ahad ,23 September 2012 yang lalu Sk Padang Pulut menjadi tuan rumah Pertandingan Pidato Kebersihan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Peringkat Daerah Dungun.Johan Pertandingan Pidato Kebersihan Bahasa Melayu disandang oleh peserta dari SK Balai Besar sementara Johan Pertandingan Pidato Kebersihan kategori Bahasa Inggeris dimenangi oleh peserta dari SK Ladang Gajah Mati. 

Peserta dari SK Seberang Dungun 
Peserta Pidato Kategori Bahasa Melayu

Peserta Pidato Kategori Bahasa Inggeris

En Wan Mohd Ridduan B Wan Ismail, Pegawai Linus PPD Dungun sudi menyampaikan sijil penghargaan kepada para peserta

Khamis, 4 Oktober 2012

Selamat Datang Guru Besar SK Padang Pulut

Seluruh warga SKPP mengucapkan selamat datang kepada En W.Razali Bin W.Muda ,Guru Besar Sk Padang Pulut

Semoga kedatangan tuan akan menjadikan SKPP lebih cemerlang ,gemilang dan terbilang dalam bidang kurikulum,kokurikulum dan sahsiah SKPP.

Isnin, 1 Oktober 2012

PERMOHONAN KE SBP SECARA ONLINE 2013

Permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tingkatan 1 tahun 2013  secara online telah dibuka bermula 15 September sehingga 31 Oktober 2012. Permohonan ini dibuka kepada semua calon UPSR 2012.
Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia mulai 15 September .


Sila klik pautan di bawah untuk mengisi borang permohonan kemasukan ke SBP 2013

Jasamu di Kenang

Selamat bersara wajib kepada Puan Hajjah Zariah Bt Ali,Guru Besar SK Padang Pulut yang menamatkan perkhidmatannya pada 4 September 2012.Jasa cikgu sentiasa dalam kenangan semua warga SKPP
Related Posts with Thumbnails

Popular Posts