Selamat Datang ke Laman Web SKPP

SKPP, Seronok Kalau Pakat Prihatin..

Jumaat, 8 Oktober 2010

Day 2 - Hari Kokurikulum SKPP 2010


8.00 am - 12.00 am
Pertandingan kawad kaki dijalankan serentak dengan pertandingan mewarna Tahap 1 , PRA dan PKBP.

 Kelihatan Cikgu Zazalli selaku Ketua Hakim ,En Zamros dan En Mohd Adil Shukri tekun menghakimi formasi pasukan yang bertanding.
 Tabik Hormat daripada Komandan TKRS di hadapan Penolong Ketua Hakim En Zamors
 Pasukan TKRS
 Pasukan Pengakap
 Pasukan Puteri Tunas
 Pasukan PBSM


 Tekun nampak adik PRA kita ni....
Melukis dengan penuh penghayatan...


 Pertandingan nyanyian Lagu Patriotik Unit Beruniform.Penonton bersesak membanjiri Dewan Sri Pulut

 Pasukan Puteri Islam

 TKRS


 Pengakap


 Puteri Tunas


 Ketua Hakim, Pn Wan Halimah serius mengadili pertandingan


3.00 pm - 5.30 pm


Pertandingan Masakan dan Gubahan
(bersambung....sedang dikemaskini...berita menyusul)

Day 1 - Hari Kokurikulum SKPP 2010








Hari Pertama bermula dengan acara demonstrasi memadam api  oleh Unit Bomba dan Penyelamat Daerah Dungun.Semua warga SKPP melihat dengan penuh minat demonstrasi yang dilakukan.Selain itu pengunjung juga berpeluang melihat pameran gaya hidup sihat dan melakukan pemeriksaan kesihatan yang disediakan oleh Unit Kesihatan Hospital Dungun Lagi gambar menarik di bawah sempena Hari Kokurikulum SKPP.

 Hai cikgu ,sempat lagi posing kat gerai jualan ni.
 Saya ni jenis takut jarum ...
 Doktor dari Hospital Daerah Dungun menerangkan sesuatu kepada Puan Guru Besar....
 Murid-murid melawat ruang pameran yang disediakan oleh Unit Kesihatan , Daerah Dungun.
 Jangan lupa beli baju bang...barang baik punya ni..kalau tak caye tanya Cikgu Zaid..
 Banyak gula dalam darah saya ni....

 Cikgu Azman sibuk menjual burger di gerainya...kalau tak percaya lihat kat bawah tu....berbaris panjang nak beli burger...
 Maaf...dik ,burger dah habis...

Isnin, 20 September 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2010

Majlis Penitisan Ilmu UPSR 2010

Hjh Zariah Bt Ali , Guru Besar SKPP sedang menyampaikan ucapan dan pesanan kepada semua calon UPSR 2010

Pagi tadi telah berlangsung satu Majlis Penitisan Ilmu yang melibatkan semua murid Tahun 6 ,ibu bapa dan penjaga.Semua murid Tahun 6 berkumpul di Dewan Sri Pulut tepat pukul 8.30 pagi untuk mendengar amanat terakhir daripada semua guru sebagai salah satu persediaan mental bagi menghadapi peperiksaan UPSR.Selepas itu semua murid diminta bersalaman dengan semua guru bagi memohon restu  sebagai tanda ucapan  terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan para guru selama ini.

Pn Norhamiah Bt Abd Hamid  , PK Kurikulum Dan Pentadbiran turut menyampaikan ucapan dan pesanan kepada semua calon UPSR 2010

UPSR 2010

Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR 2010

Ahad, 29 Ogos 2010

Johan Pertandingan Kebersihan Kelas Minggu Ke-30

Tahap 1 
Kelas - 1 Bestari 
Guru Kelas -Pn Zarina Bt Ali

Tahap 2 
Tahun - 4 Amanah 
Guru Kelas - En Abd Wahab B Yusof

Selasa, 27 Julai 2010

Peperiksaan Percubaan UPSR 2010

Kepada semua murid Tahun 6 ,selamat menduduki peperiksaan Percubaan  UPSR 2010

HUBUNGI KAMI

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG PULUT

ALAMAT PENUH : SK PADANG PULUT , 23000 DUNGUN TERENGGANU.

KOD SEKOLAH : TBA 1014
NO. TELEFON : 09-8449542
NO. FAX : 03-89222717

EMAIL : skpptba1014@gmail.com

LAMAN WEB RASMI : http://www.skppulut.blogspot.com

DAERAH : DUNGUN

BILANGAN MURID : 376 ORANG

BILANGAN GURU : 32 ORANG

BILANGAN STAF SOKONGAN : 8 ORANG

GURU BESAR : HJH ZARIAH BT ALI

Khamis, 15 Julai 2010

Solat Hajat UPSR 2010

 Ustaz Azhar Bin Ibrahim menyampaikan tazkirah fadhilat membaca surah yasin kepada semua hadirin


Jawatankuasa UPSR Sk Padang Pulut telah mengadakan majlis Solat Hajat UPSR bertempat di Surau SK Padang Pulut.Program solat hajat diadakan bagi  memohon keberkatan agar murid-murid Tahun 6 dapat menduduki peperiksaan dengan tenang dan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR pada 21, 22 dan 23 September 2010 nanti.

Majlis Tahlil diadakan selepas bacaan surah yasin

Para tetamu  menikmati hidangan bubur durian selepas program selesai


Ahad, 11 Julai 2010

Johan Pertandingan Kebersihan Kelas 2010

 Johan menerima hamper bernilai RM 20.00


 Johan Tahap 1 - Tahun 1 Amanah - Guru Kelas : Pn Norazian Bt Mohamad

Johan Tahap 2 - Tahun 5 Bestari - Guru kelas - En Azhar B Ibrahim
Related Posts with Thumbnails

Popular Posts