Selamat Datang ke Laman Web SKPP

SKPP, Seronok Kalau Pakat Prihatin..

Ahad, 7 Oktober 2012

Perhimpunan Mingguan Kali Ke 37

 
Pagi tadi berlangsung Perhimpunan Mingguan Kali Ke 37.Antara intipati ucapan En W.Razali B W.Muda ,selaku  Guru Besar ialah beliau menekankan tiga perkara penting yang perlu dihayati semua murid SKPP:

1   Antaranya setiap murid terikat dengan peraturan apabila berada di kawasan sekolah.Oleh itu adalah penting diingatkan bahawa semua murid perlu mematuhi peraturan  yang telah ditetapkan.Hukuman atau denda yang bersesuaian perlu dikenakan kepada semua murid bergantung kepada jenis kesalahan.Setiap denda atau hukuman yang dikenakan adalah bersifat mendidik bukan menghukum supaya dalam diri setiap murid sentiasa ada sikap  berdisiplin dan  semangat jati diri yang tinggi.
 
Selain itu ,semua murid perlu menjaga kebersihan sekolah.Murid yang bertanggungjawab dan berdisiplin adalah murid yang sentiasa menjaga kebersihan kelas dan persekitaran sekolah.


   Akhirnya semua murid juga perlu memiliki satu niat iaitu datang ke sekolah ialah untuk belajar.Kesungguhan dalam menuntut ilmu akan menjadikan SKPP terus cemerlang,gemilang dan terbilang dalam bidang kurikulum,kokurikulum dan sahsiah murid.
Related Posts with Thumbnails

Popular Posts