1 Antaranya setiap murid terikat dengan
peraturan apabila berada di kawasan sekolah.Oleh itu adalah penting diingatkan bahawa
semua murid perlu mematuhi peraturan yang
telah ditetapkan.Hukuman atau denda yang bersesuaian perlu dikenakan kepada
semua murid bergantung kepada jenis kesalahan.Setiap denda atau hukuman yang dikenakan
adalah bersifat mendidik bukan menghukum supaya dalam diri setiap murid
sentiasa ada sikap berdisiplin dan semangat jati diri yang tinggi.
Selain itu ,semua murid perlu menjaga kebersihan
sekolah.Murid yang bertanggungjawab dan berdisiplin adalah murid yang sentiasa
menjaga kebersihan kelas dan persekitaran sekolah.
Akhirnya semua murid juga perlu memiliki satu
niat iaitu datang ke sekolah ialah untuk belajar.Kesungguhan dalam menuntut
ilmu akan menjadikan SKPP terus cemerlang,gemilang dan terbilang dalam bidang kurikulum,kokurikulum
dan sahsiah murid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan