Selamat Datang ke Laman Web SKPP

SKPP, Seronok Kalau Pakat Prihatin..

Memaparkan catatan dengan label PROGRAM 2009. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PROGRAM 2009. Papar semua catatan

Selasa, 17 November 2009

ATURCARA MAJLIS

ATUR CARA MAJLIS ANUGERAH 
KECEMERLANGAN 2009
TARIKH    : 17 NOVEMBER 2009 (SELASA)

8.00 PG        : KETIBAAN DIF JEMPUTAN
8.30 PG        : BACAAN DOA
                     : UCAPAN YDP
                     : UCAPAN GURU BESAR
                     : UCAPAN PERASMIAN  
                      (PEGAWAI PELAJARAN
                       DAERAH DUNGUN)
9.30 PG        : PERSEMBAHAN MURID
                     : PENYAMPAIAN HADIAH

12.00 TGH     : JAMUAN
                     : BERSURAI 

           

Selasa, 28 Julai 2009

Program Pecutan Skor 5A UPSR 2009

Program ini telah berlangsung pada hari Isnin 27 Julai 2009 jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari ,bertujuan menyuntik semangat murid Tahun 6 khususnya sebagai persediaan mereka menghadapi peperiksaan UPSR yang semakin hampir.Sambutan daripada ibu bapa murid Tahun 6 dan tahun 5 amat menggalakkan.Kebanyakan ibu bapa yang ditemui menyambut baik program sebegini kerana masing-masing dapat berkongsi ilmu dan pengalaman daripada penceramah jemputan tentang cara mendidik anak-anak yang cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah murid.Penceramah jemputan Dr Hj Wan Rozeb B Wan Salleh AD.Hom(M'sia), D.AC (M'sia) D.AC (Cyclon)MD Medical (Alternative) ,Open International selaku penceramah dan motivator memberikan beberapa tips yang berguna kepada murid yang akan menghadapi peperiksaan UPSR.Antara beberapa tips yang dapat dikongsi :
1. Mengulangkaji pelajaran sejak dari awal tahun
2. Tidur tepat pada waktunya (Jam 10.00 malam)
3. Jangan menderhaka kepada ibu dan bapa
4. Menghormati guru dan menyayangi rakan.
Panduan sebegini amat bermakna kepada semua murid tahun 6 khususnya yang akan menghadapi peperiksaan UPSR.
Related Posts with Thumbnails

Popular Posts