Selamat Datang ke Laman Web SKPP

SKPP, Seronok Kalau Pakat Prihatin..

Rabu, 24 Oktober 2012

KEM READ 1 MALAYSIA 2012

KEM READ 1 MALAYSIA
TARIKH : 24 OKTOBER 2012
HARI : RABU
TEMPAT : DEWAN SRI PULUT, SK PADANG PULUT


Model Kami untuk Kem Membaca

Sepintas Lalux :  Kem Membaca 1Malaysia dan Kempen READ: One Nation Reading Together

Program Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) dan Kempen READ: One Nation Reading Together merupakan program membaca serentak terbesar di Malaysia yang melibatkan murid-murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara.  Kedua-dua program ini merupakan perkongsian pintar antara Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Scholastic Malaysia.

Para pelajar sedang kusyuk mendengar taklimat.

Program yang mula diadakan pada tahun 2008 bertujuan membina amalan membaca dalam kalangan murid sekolah di Malaysia. Antara pencapaian tertinggi program ini ialah penerimaan Anugerah “The Most Number Of Children Reading Storybooks in Schools in a Day” di  dalam  entri Malaysian Book Of Record  (MBOR) 2010.

Sumbangan ini memberikan impak positif dalam pelaksanaan Dasar Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBI) di samping meningkatkan koleksi bahan bacaan Pusat Sumber Sekolah. Bagi memastikan kejayaan kempen membaca ini, Scholastic Malaysia telah menyumbang 50 buah buku bahasa Inggeris terbitan Scholastic kepada setiap sekolah yang mengambil bahagian. 

Pengacara Majlis En.Ahmad Hasbullah
Selain itu, Scholastic Malaysia turut memberikan sokongan padu dalam menjayakan Program Anugerah NILAM Peringkat Kebangsaan iaitu pengiktirafan tertinggi KPM dalam usaha membina tabiat membaca dalam kalangan murid selaras dengan hasrat negara melahirkan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan. Ini jelas menunjukkan Scholastic Malaysia sama-sama berusaha merealisasikan aspirasi misi KPM dalam ‘Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti.’

Ucapan Perasmian PK Pentadbiran & Akademik Puan Norhamiah binti Abdul Hamid 

Scholastic juga mewujudkan Scholastic Book Clubs yang merupakan saluran terbaik untuk murid memperoleh dan memiliki bahan bacaan yang berkualiti dengan kos yang rendah. Seleksi bahan bacaan yang sesuai dengan peringkat umur dan mempunyai nilai sejagat dapat dibaca, dihayati dan diadaptasikan oleh murid dalam semua aspek kehidupan mereka. Di samping itu, bahan bacaan ini dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris murid dan keupayaan mereka berdaya saing di peringkat global.









Kem read sedang berjalan. Pelajar- 

pelajar sedang kusyuk membaca buku-buku yang dibekalkan oleh Jawatankuasa kem tersebut.

"Selamat Membaca Semua"




Pelajar-pelajar Tahap 2 SK Padang Pulut








Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts