Perhatian kepada semua guru yang ingin mendapatkan ebook @ bahan MMI.(Melindungi Masa Instruksional) sila gunakan pautan di bawah.
Selamat Datang ke Laman Web SKPP
Ahad, 17 Februari 2013
Khamis, 10 Januari 2013
Penulisan Refleksi RPH
Refleksi RPH perlu ditulis selepas selesai setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.Sering kali berlaku kekeliruan mana satukah cara penulisan refleksi yang betul.Berikut adalah cadangan penulisan refleksi untuk panduan dan rujukan semua guru.
1.Menulis jumlah murid yang mencapai objektif P&P
dan yang tidak mencapai
objektif BUKAN menulis
dalam bentuk peratus (%).
2.Menulis/mencadangkan aktiviti pengayaan
2.Menulis/mencadangkan aktiviti pengayaan
untuk murid yang mencapai objektif.
3.Menulis/mencadangkan aktiviti pemulihan
3.Menulis/mencadangkan aktiviti pemulihan
untuk murid yang tidak mencapai
objektif.
Sumber : Forum Engkabang.
Semoga dapat membantu semua guru.Anda di alu-alukan untuk memberi cadangan lain yang sesuai dalam ruangan komen di bawah.
Isi Borang Tapisan Keselamatan Secara Online
Bagi
penjawat awam lantikan baru dan masih dalam tempoh percubaan, anda perlu
mengisi borang tapisan keselamatan serta melakukan beberapa perkara lain bagi
pengesahan jawatan yang telah dilantik dalam tempoh 3 tahun (skim SSM, SBPA
hanya 1 tahun). Borang tapisan keselamatan kini boleh di isi secara online
melalui sistem yang dikenali sebagai E-Vetting. Malahan semakan bagi
status semasa, kemaskini dan pemprosesan data juga turut di sediakan melalui
sistem yang sama.
[
link (pautan) dibawah dikemakini pada 24 mei 2012 ]
BORANG
dan SEMAKAN
Melalui
sistem e-vetting, kesemua perkara yang terdapat di dalam borang tapisan
keselamatan yang sebelum ini perlu di isi secara manual telah di terjemahkan ke
dalam bentuk satu sistem. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah dengan
mendaftar, mengisi dan menghantar butir butir peribadi melalui sistem bagi
pihak keselamatan membuat tapisan. Semakan status kemaskini bagi status tapisan
keselamatan juga boleh dibuat melalui sistem E-Vetting setelah perkara yang
perlu dilengkapkan di isi dengan baik dan lengkap. Paparan gambarajah di bawah
adalah merujuk kepada perkara yang terdapat sistem E-Vetting yang perlu di
isi.. Sekiranya anda perhatikan, ianya masih sama dengan borang yang perlu di
isi secara manual seperti perkara yang melibatkan :
e-vetting-borang-tapisan-keselamatan
- Profil pemohon – gambar seperti IC diperlukan
- Pekerjaan terdahulu
- Maklumat Suami, Isteri, Tunang
- Maklumat Persatuan
- Maklumat Pendidikan
- Maklumat Ibu Bapa dan Penjaga
- Maklumat Adik Beradi
- Lawatan ke Luar Negara
- Latihan Ketenteraan
- Kesalahan yang pernah dilakukan dan perakuan
PENGGUNA
BARU SISTEM
Bagi
pengguna baru, anda hanya perlu mendaftar butir peribadi seperti pengguna ID
(merujuk pada nombor kad pengenalan), katalaluan (password) dan email (bagi
tujuan menghantar katalaluan sekiranya hilang?). Pendaftaran boleh dibuat
dengan “click” pada pautan “Daftar Baru” melalui paparan login skrin seperti di
bawah (lihat pada kotak bewarna merah).
Paparan
muka hadapan sistem E-Vetting
Seterusnya
dengan mengisi maklumat yang diperlukan bagi pendaftaran maklumat pengguna baru
seperti gambarajah skrin di bawah …
Maklumat
yang perlu di isi bagi pengguna baru
MANUAL
vs ONLINE
Berikut
adalah beberapa perkara yang memperincikan kebaikan penggunaan sistem E-Vetting
berbanding pengisian maklumat melalui borang tapisan keselamatan secara manual
- Semakan boleh dibuat secara online melalui sistem E-Vetting berbanding semakan secara telefon sekiranya mengisi secara manual
- Tiada kerosakan borang yang mungkin boleh menyebabkan kelewatan memproses permohonan bagi tapisan keselamatan
- Data atau maklumat yang di isi boleh diperbaiki atau dikemaskini mengikut kesesuaian sebelum penghantaran dibuat tanpa menjejaskan sebarang maklumat berbanding secara manual sekiranya terdapat pengubahsuaian yang perlu dilakukan boleh menyebabkan kerosakan borang
- Data dan maklumat yang di isi dapat di hantar dengan cepat serta memudahkan pemprosesan tapisan keselamatan dari pihak yang bertanggungjawab mengurus dan memproses
- Data dan maklumat yang di hantar adalah 100% dijamin sampai terus ke pihak Keselamatan tanpa keciciran borang yang boleh melambatkan dan menjamin tiada kebocoran maklumat di pihak ke-3
- Tidak memerlukan kos tambahan bagi penghantaran serta mengurangkan kos pemprosesan dan pengurusan maklumat penjawat awam
SISTEM
E-VETTING: TAPISAN KESELAMATAN ONLINE
Melalui
keberkesanan dan kemampuan yang boleh dilakukan melalui sistem ini, sudah pasti
pujian harus diberikan pada pihak yang menguruskannya kerana sistem e-vetting
boleh menerima data dan maklumat penjawat awam dengan baik dan teratur yang
memberikan banyak kelebihan berbanding borang yang perlu di isi secara manual.
Anda boleh melayari sistem E-vetting melalui link di bawah (klik pada link
tersebut):
http://evetting.cgso.gov.my
[dikemaskini pd 24 mei 2012]
Sumber :xenosystm.com
Ahad, 30 Disember 2012
Selamat Kembali Ke Sekolah Tahun 2013
Salam 1Malaysia.Selamat Tahun Baru 2013.Selamat kembali ke sekolah kepada semua anak-anak didik.Selamat bertugas kepada semua
warga SKPP.Guru lama ,guru baru , guru tua, guru muda ,staff lama ,
staff baru , siapa pun kita, sebenarnya kita semua adalah satu
pasukan(Teamwork).Semoga tahun baru ,azam baru akan menjadikan SKPP
lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.
Sebagai renungan hayatilah sedikit kisah yang dipetik daripada blog unitrendahjpnt.Kisahnya mengenai dua buah
tempayan. Tempayan pertama cantik molek tetapi tempayan kedua telah
retak. Tempayan-tempayan ini digunakan untuk mengisi air oleh tuannya
dari sungai ke rumahnya. Tiap hari tuannya akan mengandar kedua tempayan
ini dari sungai ke rumahnya.
Namun setiap kali apabila tempayan-tempayan ini dikandar maka tempayan yang cantik akan sentiasa mengejek tempayan lama kerana sudah buruk, retak dan bocor. Apabila sampai di rumah hanya satu pertiga sahaja air dalam tempayan yang retak itu. Sementara tempayan yang cantik dengan sombong dan bangganya mengatakan dialah yang paling baik dan berguna.
Suatu hari tempayan yang retak dan buruk meluahkan perasaan kecewa dan sedih kepada tuannya agar dia diganti dengan yang baru. Tuannya tersenyum dan menjelaskan dia sengaja tidak mahu menukarnya dengan yang baru kerana ianya sangat memberi manafaat dan berguna. Tuannya memberitahu bahawa beberapa bulan yang lalu beliau menabur biji benih bunga di sepanjang laluan dari sungai ke rumahnya. Biji benih bunga itu tumbuh bercambah dan hari ini merimbun subur dengan bunga-bunga yang cantik kerana beroleh air yang cukup dari tempayan yang retak itu. "Tanpa air dari kamu, tiada bunga yang secantik ini", kata tuan tempayan kepada tempayan yang retak itu. Tempayan retak sangat terharu...
Langgan:
Catatan (Atom)
Popular Posts
-
Selamat bertukar diucapkan kepada Cikgu Amirah yang bertukar ke Kuala Terengganu. Terima kasih atas jasa bakti cikgu selama berada di SKePP
-
Refleksi RPH perlu ditulis selepas selesai setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.Sering kali berlaku kekeliruan mana satukah cara penuli...
-
8.00 am - 12.00 am Pertandingan kawad kaki dijalankan serentak dengan pertandingan mewarna Tahap 1 , PRA dan PKBP. Kelihatan Cikgu Zazall...
-
Karnival Bola Baling bawah 11 tahun MSSD Dungun telah berlangsung pada 15 hingga 17 September 2019. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pas...
-
Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Tahun 2013 from cik laili
-
Dua Minggu sebelum Peperiksaan UPSR berlangsung semua murid Tahun 6 SKPP merehatkan minda di Hutan Lipur Sekayu Hulu Terengganu
-
Watikah Pelantikan Pengawas Sekitar majlis watikah pelantikan pengawas sesi 2020
-
Permohonan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi tingkatan 1 tahun 2013 secara online telah dibuka bermula 15 September sehi...




