Selamat Datang ke Laman Web SKPP

SKPP, Seronok Kalau Pakat Prihatin..

Khamis, 10 Januari 2013

Penulisan Refleksi RPH

Refleksi RPH perlu ditulis selepas selesai setiap sesi pengajaran dan pembelajaran.Sering kali berlaku kekeliruan mana satukah cara penulisan refleksi yang betul.Berikut adalah cadangan penulisan refleksi untuk panduan dan rujukan semua guru.

1.Menulis jumlah murid yang mencapai objektif P&P 
 dan yang tidak mencapai objektif BUKAN menulis 
 dalam bentuk peratus (%).

2.Menulis/mencadangkan aktiviti pengayaan 
   untuk murid yang mencapai objektif.

3.Menulis/mencadangkan aktiviti pemulihan 
   untuk murid yang tidak mencapai objektif.

Sumber : Forum Engkabang.

Semoga dapat membantu semua guru.Anda di alu-alukan untuk memberi cadangan lain yang sesuai dalam ruangan komen di bawah.

Isi Borang Tapisan Keselamatan Secara Online

Bagi penjawat awam lantikan baru dan masih dalam tempoh percubaan, anda perlu mengisi borang tapisan keselamatan serta melakukan beberapa perkara lain bagi pengesahan jawatan yang telah dilantik dalam tempoh 3 tahun (skim SSM, SBPA hanya 1 tahun). Borang tapisan keselamatan kini boleh di isi secara online melalui sistem yang dikenali sebagai E-Vetting.  Malahan semakan bagi status semasa, kemaskini dan pemprosesan data juga turut di sediakan melalui sistem yang sama.

[ link (pautan) dibawah dikemakini pada 24 mei 2012 ]

BORANG dan SEMAKAN

Melalui sistem e-vetting, kesemua perkara yang terdapat di dalam borang tapisan keselamatan yang sebelum ini perlu di isi secara manual telah di terjemahkan ke dalam bentuk satu sistem. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah dengan mendaftar, mengisi dan menghantar butir butir peribadi melalui sistem bagi pihak keselamatan membuat tapisan. Semakan status kemaskini bagi status tapisan keselamatan juga boleh dibuat melalui sistem E-Vetting setelah perkara yang perlu dilengkapkan di isi dengan baik dan lengkap. Paparan gambarajah di bawah adalah merujuk kepada perkara yang terdapat sistem E-Vetting yang perlu di isi.. Sekiranya anda perhatikan, ianya masih sama dengan borang yang perlu di isi secara manual seperti perkara yang melibatkan :



e-vetting-borang-tapisan-keselamatan
  • Profil pemohon – gambar seperti IC diperlukan
  • Pekerjaan terdahulu
  • Maklumat Suami, Isteri, Tunang
  • Maklumat Persatuan
  • Maklumat Pendidikan
  • Maklumat Ibu Bapa dan Penjaga
  • Maklumat Adik Beradi
  • Lawatan ke Luar Negara
  • Latihan Ketenteraan
  • Kesalahan yang pernah dilakukan dan perakuan
PENGGUNA BARU SISTEM
Bagi pengguna baru, anda hanya perlu mendaftar butir peribadi seperti pengguna ID (merujuk pada nombor kad pengenalan), katalaluan (password) dan email (bagi tujuan menghantar katalaluan sekiranya hilang?). Pendaftaran boleh dibuat dengan “click” pada pautan “Daftar Baru” melalui paparan login skrin seperti di bawah (lihat pada kotak bewarna merah).








Paparan muka hadapan sistem E-Vetting
Seterusnya dengan mengisi maklumat yang diperlukan bagi pendaftaran maklumat pengguna baru seperti gambarajah skrin di bawah …


Maklumat yang perlu di isi bagi pengguna baru

MANUAL vs ONLINE

Berikut adalah beberapa perkara yang memperincikan kebaikan penggunaan sistem E-Vetting berbanding pengisian maklumat melalui borang tapisan keselamatan secara manual
  • Semakan boleh dibuat secara online melalui sistem E-Vetting berbanding semakan secara telefon sekiranya mengisi secara manual
  • Tiada kerosakan borang yang mungkin boleh menyebabkan kelewatan memproses permohonan bagi tapisan keselamatan
  • Data atau maklumat yang di isi boleh diperbaiki atau dikemaskini mengikut kesesuaian sebelum penghantaran dibuat tanpa menjejaskan sebarang maklumat berbanding secara manual sekiranya terdapat pengubahsuaian yang perlu dilakukan boleh menyebabkan kerosakan borang
  • Data dan maklumat yang di isi dapat di hantar dengan cepat serta memudahkan pemprosesan tapisan keselamatan dari pihak yang bertanggungjawab mengurus dan memproses
  • Data dan maklumat yang di hantar adalah 100% dijamin sampai terus ke pihak Keselamatan tanpa keciciran borang yang boleh melambatkan dan menjamin tiada kebocoran maklumat di pihak ke-3
  • Tidak memerlukan kos tambahan bagi penghantaran serta mengurangkan kos pemprosesan dan pengurusan maklumat penjawat awam
SISTEM E-VETTING: TAPISAN KESELAMATAN ONLINE

Melalui keberkesanan dan kemampuan yang boleh dilakukan melalui sistem ini, sudah pasti pujian harus diberikan pada pihak yang menguruskannya kerana sistem e-vetting boleh menerima data dan maklumat penjawat awam dengan baik dan teratur yang memberikan banyak kelebihan berbanding borang yang perlu di isi secara manual. Anda boleh melayari sistem E-vetting melalui link di bawah (klik pada link tersebut):

http://evetting.cgso.gov.my [dikemaskini pd 24 mei 2012]


Ahad, 30 Disember 2012

Selamat Kembali Ke Sekolah Tahun 2013

Salam 1Malaysia.Selamat Tahun Baru 2013.Selamat kembali ke sekolah kepada semua anak-anak didik.Selamat bertugas kepada semua warga SKPP.Guru lama ,guru baru , guru tua, guru muda ,staff lama , staff baru , siapa pun kita, sebenarnya kita semua adalah satu pasukan(Teamwork).Semoga tahun baru ,azam baru akan menjadikan SKPP lebih cemerlang,gemilang dan terbilang.

Sebagai renungan hayatilah sedikit  kisah yang dipetik daripada blog unitrendahjpnt.Kisahnya mengenai dua buah tempayan. Tempayan pertama cantik molek tetapi tempayan kedua telah retak. Tempayan-tempayan ini digunakan untuk mengisi air oleh tuannya dari sungai ke rumahnya. Tiap hari tuannya akan mengandar kedua tempayan ini dari sungai ke rumahnya.

Namun setiap kali apabila tempayan-tempayan ini dikandar maka tempayan yang cantik akan sentiasa mengejek tempayan lama kerana sudah buruk, retak dan bocor. Apabila sampai di rumah hanya satu pertiga sahaja air dalam tempayan yang retak itu. Sementara tempayan yang cantik dengan sombong dan bangganya mengatakan dialah yang paling baik dan berguna.

Suatu hari tempayan yang retak dan buruk meluahkan perasaan kecewa dan sedih kepada tuannya agar dia diganti dengan yang baru. Tuannya tersenyum dan menjelaskan dia sengaja tidak mahu menukarnya dengan yang baru kerana ianya sangat memberi manafaat dan berguna. Tuannya memberitahu bahawa beberapa bulan yang lalu beliau menabur biji benih bunga di sepanjang laluan dari sungai ke rumahnya. Biji benih bunga itu tumbuh bercambah dan hari ini merimbun subur dengan bunga-bunga yang cantik kerana beroleh air yang cukup dari tempayan yang retak itu. "Tanpa air dari kamu, tiada bunga yang secantik ini", kata tuan tempayan kepada tempayan yang retak itu. Tempayan retak sangat terharu...

Rabu, 26 Disember 2012

Banjir Di SK Padang Pulut

Sehingga pagi ini air telah memenuhi Dewan Sk padang Pulut.Antara bilik yang terjejas  ialah Bilik KKBP, Kedai Sekolah , Stor PJK ,Bilik KH,Rumah Pam(Bomba) dan Makmal Komputer lama.



 Pandangan hadapan SK Padang Pulut yang digenangi air sekitar jam 8.00 pagi tadi.





 Kelas PKBP

Kantin
 Makmal Komputer

 Kolam ikan bertukar menjadi tasik
 Usaha menyelamatkan barangan terakhir dari bilik stor


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts