Selamat Datang ke Laman Web SKPP

SKPP, Seronok Kalau Pakat Prihatin..

Khamis, 18 Januari 2018

Terima kasih Tuan Guru Besar

Assalamualaikum.. Pihak sekolah amat berasa terharu dan mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan guru besar kepada kebajikan murid murid. Beliau telah bermurah hati menyediakan kelengkapan uniform sekolah kepada murid murid yang terpilih. Kami warga sekolah sangat menghargainya dan semoga jasa baik guru besar mendapat ganjaran dari Allah s.w.t. Aminn..


Rabu, 10 Januari 2018

Majlis perpisahan Cikgu Siti Peridah

Assalamualaikum. Selamat menjalankan tugas kepada Cikgu Siti Peridah yang telah bertukar ke Sk Tebing Tembah. Terima kasih di atas jasa yang cikgu curahkan kepada Sk Padang pulut. Semoga cikgu akan lebih berjaya di masa akan datang.



LADAP FROG VLE

Seiring dengan pdpc abad 21, sk padang pulut telah mengadakan ladap frog vle kepada guru guru pada 9 jan 2018. Semoga ladap ini dapat memantapkan lagi teknik pembelajaran guru di dalam kelas
                                                          Guru guru semasa ladap
                                               Guru Besar SK Padang pulut turut serta
Facie ladap

Kunjungan Mesra Awal Tahun 2018

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa..

Kunjungan mesra awal tahun oleh Dato Haji Din Bin Adam bersama-sama dengan Timbalan PPD iaitu Tuan Haji Mubin juga Tuan Haji Pauzai selaku 1P1S sekolah serta rombongan ke SK Padang Pulut pada 3 Januari 2018 amat bermakna kepada sekolah. Ini kerana Dato Haji Din sempat beramah mesra bersama-sama dengan murid tahun 1 dan ibu bapa yang hadir bagi melihat perjalanan permulaan buka sekolah. Beliau juga berbesar hati meminta pihak sekolah menyenaraikan bilangan murid miskin dan yatim untuk diberi sumbangan peralatan sekolah sebagai khidmat sosial kepada murid-murid. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih atas kunjungan tersebut dan berharap jalinan kerjasama ini dapat dieratkan untuk tahun-tahun berikutnya.InsyaAllah.


Dato Haji Din sempat beramah mesra dengan murid-murid..

Sempat bergambar bersama-sama..


Related Posts with Thumbnails

Popular Posts