Selamat Datang ke Laman Web SKPP

SKPP, Seronok Kalau Pakat Prihatin..

Rabu, 10 Januari 2018

Kunjungan Mesra Awal Tahun 2018

Assalamulaikum dan Salam Sehati Sejiwa..

Kunjungan mesra awal tahun oleh Dato Haji Din Bin Adam bersama-sama dengan Timbalan PPD iaitu Tuan Haji Mubin juga Tuan Haji Pauzai selaku 1P1S sekolah serta rombongan ke SK Padang Pulut pada 3 Januari 2018 amat bermakna kepada sekolah. Ini kerana Dato Haji Din sempat beramah mesra bersama-sama dengan murid tahun 1 dan ibu bapa yang hadir bagi melihat perjalanan permulaan buka sekolah. Beliau juga berbesar hati meminta pihak sekolah menyenaraikan bilangan murid miskin dan yatim untuk diberi sumbangan peralatan sekolah sebagai khidmat sosial kepada murid-murid. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih atas kunjungan tersebut dan berharap jalinan kerjasama ini dapat dieratkan untuk tahun-tahun berikutnya.InsyaAllah.


Dato Haji Din sempat beramah mesra dengan murid-murid..

Sempat bergambar bersama-sama..


Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts