Selamat Datang ke Laman Web SKPP

SKPP, Seronok Kalau Pakat Prihatin..

Rabu, 7 Januari 2015

Pada 6 Januari 2015, Sekolah Kebangsaan Padang Pulut berbesar hati menerima kunjungan dari yang berbahagia Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Khair bin Mohamad Yusof yang telah melawat dan melihat sendiri kesan bencana banjir yang melanda sekolah. Lawatan beliau juga diringi oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri dan Pegawai PPD. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang berbahagia tuan pengarah di atas keprihatinan beliau. Berikut adalah gambar sekitar lawatan yang berbahagia Datuk









Selasa, 30 Disember 2014

Sk Padang Pulut tidak terkecuali dilanda banjir yang melanda kawasan sekitar.. Banjir telah menenggelamkan sebahagian kelas yang berada di tingkat bawah seperti kelas pendidikan khas, Pra, Bilik KH, kantin sehinggalah ke kawasan letak kereta guru. Gambar gambar berikut ialah gambar sekitar kawasan sekolah.
                                          Kelas Pra
                                          Sekitar Kantin
                                          Bangunan belakang sekolah

Rabu, 26 November 2014

Keputusan UPSR diumumkan hari ini dan tahniah kepada 3 orang murid yang berjaya mendapat 5A. sekalung tahniah diucapkan kepada adik Nor Erna Nabila, adik Mariatul Solehah dan adik Nur Athirah.. Tahniah juga kepada murid-murid lain yang memperolehi keputusan 4A 1B iaitu adik Nur syafiqah dan adik Tuan Nur Zulaikha.


Selasa, 4 November 2014

Hari Membaca 1 Malaysia.

Pada hari ini program membaca 1 Malaysia telah diadakan dengan jayanya. Terima Kasih diucapkan
kepada semua guru terlibat
                                          Majlis Perasmian oleh Guru Besar

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts