Selamat Datang ke Laman Web SKPP

SKPP, Seronok Kalau Pakat Prihatin..

Jumaat, 24 Oktober 2014

SAMBUTAN HARI JADI

Program menyambut Hari Jadi Murid bagi bulan Oktober telah diadakan pada 23 Oktober 2014. Selamat Hari Jadi diucapkan.

Rabu, 13 Ogos 2014

Majlis sambutan Hari Raya Skpp

Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah disambut meriah pada 10 Ogos 2014. Terima kasih kepada tetamu yang hadir memeriahkan majlis dan juga semua guru dan kakitangan yang telah menjayakan majlis.


Jumaat, 4 Julai 2014

JASAMU DIKENANG..

Majlis perpisahan telah diadakan sempena meraikan guru-guru dan kakitangan yang telah bertukar. "Terima Kasih" dan "jasamu dikenang" diucapkan kepada Cikgu Normaswira (KKBP) yang telah bertukar ke Kuala Berang, Ustazah Nabilah dan juga Cik Nur Hidayah yang bertukar ke Manir Terengganu. Sesungguhnya jasa kalian amat kami hargai..


Khamis, 21 November 2013

MAJLIS RINGKAS BERSAMA TNB

KHAMIS, 21 NOVEMBER 2013 - Satu majlis ringkas bersama TNB telah di adakan di Dewan Sri Pulut SK Padang Pulut bagi memberi penghargaan dan cenderahati kepada pelajar-pelajar yang mendapat 5A (UPSR 2013). 
Ucapan ribuan terima kasih kepada pihak TNB yang telah mengambil kami (pelajar-pelajar SK Padang Pulut) sebagai ANAK ANGKAT mereka untuk 3 Tahun bermula 2013 sehingga 2015 nanti. Diharap kerjasama ini akan diteruskan lagi untuk masa-masa akan datang bagi meningkatkan pencapaian dan menggalakkan mereka untuk terus belajar dan mendapat keputusan yang membanggakan. 



Boleh klik link ini untuk view banyak lagi gambar sekitar majlis dan sesi temuramah oleh pihak TNB

Related Posts with Thumbnails

Popular Posts