Bagi
penjawat awam lantikan baru dan masih dalam tempoh percubaan, anda perlu
mengisi borang tapisan keselamatan serta melakukan beberapa perkara lain bagi
pengesahan jawatan yang telah dilantik dalam tempoh 3 tahun (skim SSM, SBPA
hanya 1 tahun). Borang tapisan keselamatan kini boleh di isi secara online
melalui sistem yang dikenali sebagai E-Vetting. Malahan semakan bagi
status semasa, kemaskini dan pemprosesan data juga turut di sediakan melalui
sistem yang sama.
[
link (pautan) dibawah dikemakini pada 24 mei 2012 ]
BORANG
dan SEMAKAN
Melalui
sistem e-vetting, kesemua perkara yang terdapat di dalam borang tapisan
keselamatan yang sebelum ini perlu di isi secara manual telah di terjemahkan ke
dalam bentuk satu sistem. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah dengan
mendaftar, mengisi dan menghantar butir butir peribadi melalui sistem bagi
pihak keselamatan membuat tapisan. Semakan status kemaskini bagi status tapisan
keselamatan juga boleh dibuat melalui sistem E-Vetting setelah perkara yang
perlu dilengkapkan di isi dengan baik dan lengkap. Paparan gambarajah di bawah
adalah merujuk kepada perkara yang terdapat sistem E-Vetting yang perlu di
isi.. Sekiranya anda perhatikan, ianya masih sama dengan borang yang perlu di
isi secara manual seperti perkara yang melibatkan :
e-vetting-borang-tapisan-keselamatan
- Profil pemohon – gambar seperti IC diperlukan
- Pekerjaan terdahulu
- Maklumat Suami, Isteri, Tunang
- Maklumat Persatuan
- Maklumat Pendidikan
- Maklumat Ibu Bapa dan Penjaga
- Maklumat Adik Beradi
- Lawatan ke Luar Negara
- Latihan Ketenteraan
- Kesalahan yang pernah dilakukan dan perakuan
PENGGUNA
BARU SISTEM
Bagi
pengguna baru, anda hanya perlu mendaftar butir peribadi seperti pengguna ID
(merujuk pada nombor kad pengenalan), katalaluan (password) dan email (bagi
tujuan menghantar katalaluan sekiranya hilang?). Pendaftaran boleh dibuat
dengan “click” pada pautan “Daftar Baru” melalui paparan login skrin seperti di
bawah (lihat pada kotak bewarna merah).
Paparan
muka hadapan sistem E-Vetting
Seterusnya
dengan mengisi maklumat yang diperlukan bagi pendaftaran maklumat pengguna baru
seperti gambarajah skrin di bawah …
Maklumat
yang perlu di isi bagi pengguna baru
MANUAL
vs ONLINE
Berikut
adalah beberapa perkara yang memperincikan kebaikan penggunaan sistem E-Vetting
berbanding pengisian maklumat melalui borang tapisan keselamatan secara manual
- Semakan boleh dibuat secara online melalui sistem E-Vetting berbanding semakan secara telefon sekiranya mengisi secara manual
- Tiada kerosakan borang yang mungkin boleh menyebabkan kelewatan memproses permohonan bagi tapisan keselamatan
- Data atau maklumat yang di isi boleh diperbaiki atau dikemaskini mengikut kesesuaian sebelum penghantaran dibuat tanpa menjejaskan sebarang maklumat berbanding secara manual sekiranya terdapat pengubahsuaian yang perlu dilakukan boleh menyebabkan kerosakan borang
- Data dan maklumat yang di isi dapat di hantar dengan cepat serta memudahkan pemprosesan tapisan keselamatan dari pihak yang bertanggungjawab mengurus dan memproses
- Data dan maklumat yang di hantar adalah 100% dijamin sampai terus ke pihak Keselamatan tanpa keciciran borang yang boleh melambatkan dan menjamin tiada kebocoran maklumat di pihak ke-3
- Tidak memerlukan kos tambahan bagi penghantaran serta mengurangkan kos pemprosesan dan pengurusan maklumat penjawat awam
SISTEM
E-VETTING: TAPISAN KESELAMATAN ONLINE
Melalui
keberkesanan dan kemampuan yang boleh dilakukan melalui sistem ini, sudah pasti
pujian harus diberikan pada pihak yang menguruskannya kerana sistem e-vetting
boleh menerima data dan maklumat penjawat awam dengan baik dan teratur yang
memberikan banyak kelebihan berbanding borang yang perlu di isi secara manual.
Anda boleh melayari sistem E-vetting melalui link di bawah (klik pada link
tersebut):
http://evetting.cgso.gov.my
[dikemaskini pd 24 mei 2012]
Sumber :xenosystm.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan