Pages
▼
Halaman
▼
Sabtu, 17 Julai 2010
Khamis, 15 Julai 2010
Solat Hajat UPSR 2010
Ustaz Azhar Bin Ibrahim menyampaikan tazkirah fadhilat membaca surah yasin kepada semua hadirin
Jawatankuasa UPSR Sk Padang Pulut telah mengadakan majlis Solat Hajat UPSR bertempat di Surau SK Padang Pulut.Program solat hajat diadakan bagi memohon keberkatan agar murid-murid Tahun 6 dapat menduduki peperiksaan dengan tenang dan beroleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR pada 21, 22 dan 23 September 2010 nanti.
Majlis Tahlil diadakan selepas bacaan surah yasin
Para tetamu menikmati hidangan bubur durian selepas program selesai
Ahad, 11 Julai 2010
Johan Pertandingan Kebersihan Kelas 2010
Johan menerima hamper bernilai RM 20.00
Johan Tahap 1 - Tahun 1 Amanah - Guru Kelas : Pn Norazian Bt Mohamad
Johan Tahap 2 - Tahun 5 Bestari - Guru kelas - En Azhar B Ibrahim
Ceramah Isra' dan Mikraj 2010
Ahad, 11 Julai 2010 ,Panitia Agama Islam menganjurkan satu program sempena Peristiwa Isra'dan Mikraj jam 7.45 pagi bertempat di Dewan Sri Pulut.Slot ceramah disampaikan oleh Ust Mohd Ridduan B Othman dan Ust Azhar B Ibrahim.
Objektif program :
1. Murid dapat menegtahui peristiwa Isra' dan Mikraj
2. Menerapkan nilai murni dalam kalangan murid
3. Memupuk rasa cinta kepada Allah dan rasul
Ucapan alu-aluan oleh Cikgu Wahab , selaku pengacara majlis.
Ucapan Pn Hjh Zariah Bt Ali
Ceramah 1 disampaikan oleh Ust Mohd Ridduan B Othman
Ceramah 2 disampaikan oleh Ust Azhar B Ibrahim
Ust Azhar B Ibrahim menyampaikan hadiah kepada peserta kuiz sempena ceramah Isra' dan Mikraj